Tabung Dana ini disediakan bagi memberikan ruang kepada orang ramai untuk menderma bagi mewujudkan tabung biasiswa membantu para pelajar yang berkelayakan untuk menyertai beberapa kursus-kursus kemahiran online terpilih, biasiswa ini dikhaskan untuk golongan kurang berkemampuan dari golongan miskin desa dan miskin banda sama ada dari kalangan dewasa atau remaja.
Apabila telah mencapai sasaran kutipan, pihak kami akan membuka permohonan dari mana-mana individu di media sosial untuk memohon peruntukan biasiswa dari dana ini. Kursus-kursus-kursus online terplih akan ditawarkan bagi memberikan kemahiran tertentu yang boleh membantu pelajar dalam dunia kerjaya, meningkatkan pendapatan sampingan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar.
Berikut adalah beberaa kursus online terpilih yang ditawarkan di platform Mycourse.my sebagai pilihan kepada golongan kumpulan sasar :
1. Kursus Grafik Design Menggunakan Adobe Photoshop
2. Kursus Grafik Design Mengunakan Adobe Illustrator
3. Kursus Kemahiran Mengunakan Microsoft Excel
4. Kursus Kemahiran Menggunakan Adobe InDesign
5. Kursus Kemahiran Menggunakan Microsoft Power Point
6. Kursus Asas Penyediaan & Analisa Perakaunan & Kewangan (For Non-Financial Manager)
SETIAP KALI JUMLAH KUTIPAN MENCUKUPI RM 1000, Pihak kami akan membuat pengumuman kepada mereka yang berminat mendapatkan biasiswa untuk mempelajari mana-mana kursus online untuk salah satu dari tajuk di atas, pihak kami akan berusaha penerima adalah dari mereka yang benar-benar layak. Kami turut akan mendapatkan bantuan dari pihak NGO berpengalaman seperti Islamic Relief Malaysia untuk mengenalpasti calon yang layak.
Syarikat kami yang mengiklankan kutipan ini TIDAK akan mengambil sebarang komisyen hasil dari kutipan ini, kecuali pembayaran sebanyak kepada payment gateway sahaja dan platform ini sebanyak 5 %.
25 May 2023 – Kempen bermula

Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd