Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.
Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).
‘Qurban’ bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa-masa tertentu.
Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam terutama sekali kepada yang mampu. Ia adalah sunat yang dituntut dalam Islam (Sunnah Muakkadah), manakala mazhab Hanafi menganggapnya sebagai wajib bagi yang mempunyai kemampuan.
Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa hadis kepada mereka yang mampu tetapi tidak menunaikan ibadah korban, antaranya adalah;
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir.” (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya” (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA.
- Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.
- Namun, diHARUSKAN mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.
- Pun begitu, ulama Mazhab Shafi’e TIDAK MEMBENARKAN dipindah keluar kawasan jika di dalam masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar dari udhiyyah. Antara kekurangan mewakilkan seseorang lain melaksanakan qurban itu sudah menyebabkan seseorang itu terluput dari melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana baginda Rasulullah TIDAK PERNAH mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain.
- Namun begitu disebabkan pelbagai kekangan seperti peserta Qurban tidak berani melaksana sembelihan, kesukaran untuk hadir ke tempat Qurban dan lain-lain halangan, maka proses mewakilkan Qurban kepada pihak ketiga adalah digalakkan dan mengelakkan dari kegagalan berqurban akibat halangan yang pelbagai.
Tahukah anda hampir 1/3 penganut Agama Islam dunia adalah terdapat di Benua Afrika. Afrika juga adalah lokasi bagi kesemua 10 negara termiskin dunia. 7.2 juta rakyat Afrika berdepan dengan krisis makanan seperti lokasi lain dan mereka sangat memerlukan bantuan masyarakat dunia luar. Sekiranya ramai warga Malaysia membuat ibadah Qurban di Afrika juga tidak mendatangkan masalah kerana mereka dalam keadaan yang sangat dhaif.
- Mazhab Syafi’e, Maliki & Pandangan Ahmad : Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Qurban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala aqiqah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haitami Al-Syafie :
وَظَاهِرُ كَلَامِ َالْأَصْحَابِ أَنَّهُ لَوْ نَوَى بِشَاةٍ الْأُضْحِيَّةَ وَالْعَقِيقَةَ لَمْ تَحْصُلْ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا ، وَهُوَ ظَاهِرٌ ; لِأَنَّ كُلًّا مِنْهُمَا سُنَّةٌ مَقْصُودَةٌ
Ertinya: Yang jelas dari perkataan ulama mazhab, iaitu jika diniatkan seekor kambing untuk qurban dan aqiqah sekaligus, TIADA DIPEROLEHI SALAH SATU ANTARA KEDUANYA, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu. - Pun begitu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, Alhasan Basri, Ibn Sirin & Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait : Harus di gabung semua dengan niat Qurban, atau sebahagian qurban dan sebahagian aqiqah.
- Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan, itu bagi menyempurnakan amalan Qurban dengan mengelakkan khilaf.
Ertinya: Nabi berkata : Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan ummatnya.
Pihak wakil akan sedaya upaya melakukan Qurban di kawasan yang dipilih oleh peserta, namun sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan, wakil akan melaksanakannya di mana-mana kawasan berhampiran di dalam negara yang telah dikenalpasti, sekiranya masih gagal mendapatkan binatang qurban, maka akan dilaksanakan di negara yang mampu sebelum tamat hari tasyriq.
|
Dibenarkan sekiranya pihak wakil dan syarikat masih belum membuat pembayaran deposit kepada penjual binatang Qurban. Sesudah bayaran depsoit dilakukan, sekiranya peserta masih ingin menuntut kembali wangnya dan membatalkan perwakilan Qurban, pihak wakil akan HANYA menyerahkan kos baki setelah ditolak kos deposit dan lain-lain kos sebenar yang ditanggung akibat pembatalan. Pun begitu ia masih tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat, kerana aqad wakalah yang dimeterai adalah aqad wakalah bil ujrah, iaitu dari jenis aqad ‘Mu’awadah Maliah’ atau juga kategori ‘jual beli’ dari aqad lazim yang memerlukan persetujuan kedua belah pihak untuk pembatalan.
Juga, wang tidak akan dipulangkan jika peserta menarik diri di saat-saat akhir (iaitu 20 hari sebelum eid al-adha) dan melibatkan pelbagai kos kerugian syarikat dan wakil.
9 Zulhijjah 1444 H pada jam 3 pm waktu Malaysia. Namun jika negara-negara luar yang dilakukan korban itu berhari raya awal atau lewat maka tarikh tamat tempahan Qurban juga tertakluk kepada tarikh hari raya negara yang dipilih untuk Qurban.
Makluman selesai sembelihan akan dibuat melalui SMS paling lewat beberapa jam selepas sembelihan dilaksanakan. Video atau gambar akan menyusul kemudian manakala sijil pelaksanaan akan dihantar melalui emel paling awal dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pelaksanaan atau selewatnya dalam tempoh sebulan.