YIDE telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Penyelaras Kluster Kebajikan Anak-Anak Yatim di Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Pembangunan NGO-I MAIS untuk menyantuni dan mengawal selia sebanyak 25 buah rumah kebajikan anak yatim dan seramai 9,081 orang anak yatim individu yang berdaftar dibawah YIDE. YIDE juga menyediakan khidmat rawatan hemodialisis kepada pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan dengan menyediakan sebanyak 6 buah pusat hemodialisis khususnya di Selangor seperti di Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Taman Melawati.
Mengenai Kompleks Asrama Anak Yatim
Selain dari menitikberatkan pada kelangsungan dan kesejahteraan kebajikan anak-anak yatim dan pesakit-pesakit buah pinggang, YIDE telah mengorak langkah untuk menguruskan sebuah kompleks asrama anak yatim sendiri dan pada 19 Ogos 2019 yang lalu DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan menyempurnakan cadangan Pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah dan melancarkan tabung wakaf khas bagi tujuan ini demi merealisasikan pembangunan kompleks ini agar dapat disiapkan pada hujung bulan Januari 2026.
Kompleks ini dibangunkan dengan kerjasama strategik di antara Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Central Spectrum Sdn. Bhd. di atas tapak PT161557, Persiaran Lumut, Taman Laguna Pulau Indah, Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan dengan keluasan 3.247 ekar. Kerja-kerja pembangunan telahpun dimulakan pada 27 Jun 2023 dan ianya dijangkakan siap sepenuhnya pada 29 Januari 2026,
Kompleks ini direncanakan untuk menampung seramai 200 orang anak yatim dengan kemudahan lengkap seperti:
- 2 Blok Asrama Anak Yatim 4 Tingkat
- 1 Unit Dewan Makan, Pejabat Pengurusan dan Bilik-Bilik Serbaguna
- 1 Unit Dewan Serbaguna
- 1 Unit Surau
- 4 Unit Kiosk
- 2 Unit Rumah Sampah
- 1 Unit Pondok Pengawal
- 1 Unit Pencawang Elektrik
- 1 Unit Rumah Pam
Kos Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah
Manakala kos pembangunan sebanyak RM16,660,109 yang merangkumi kos pembangunan sebanyak RM15,923,654 dan kelengkapan perabot serta peralatan elektrikal sebanyak RM736,455.
LAIN-LAIN MAKLUMAT UNTUK PERHUBUNGAN KEMPEN
Maklumat Sumbangan & Pengecualian Cukai
Setiap sumbangan orang ramai in akan DIKECUALIKAN daripada Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nombor Rujukan LHDN : 01/35/42/51/179-6.7622 (Tarikh Kuatkuasa : 15 November 2019 hingga 14 November 2024) melalui Resit Rasmi, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Penyerahan dana & jumlah yang diberikan:
- Dana pertama pada Ogos 2024, berjumlah RM7239.30
- Dana Kedua pada September 2024, berjumlah RM1930.05
- Dana ketiga pada 29 Mac 2025, berjumlah RM1005.36 (resit transfer di bawah, bayaran sekali dgn 2 projek YIDE yang lain)
- Dana keempat pada 9 Julai 2025, berjumlah RM1422.10 (resit transfer di bawah, bayaran sekali dgn 2 projek YIDE yang lain)
Surat Penyata Penerimaan Dana dari YIDE
Resit transfer Bank ke YIDE 29 Mac 2025 : payment_successful_receipt (59)
Resit transfer Bank ke YIDE 9 Julai 2025 : link

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.