Qurban Antarabangsa & Malaysia
( TEMPAHAN TELAH DITUTUP UNTUK TAHUN 2025 )
Qurban Kepada Allah SWT Tanda Keimanan & Ketulusan Jiwa.
Untuk Ibadah Qurban 2025 ini kami bersedia menguruskan Qurban anda di pelbagai negara dan kami juga telah dilantik oleh African Forum for Muslim Councils (AFMC) dan South Sudan Islamic Council mewakili mereka untuk mengutip dana Qurban bagi Uganda, Sudan dan beberapa Negara Africa yang lain.
Manakala Tahfiz An-Nikmah untuk negara Kemboja. Kami turut menerima tempahan Aqiqah,
kutipan dan agihan Sedeqah Jariah, Zakat dan juga Waqaf al-Quran.
**Sijil, Video Qurban & Aqiqah Akan Diberikan
Negara-Negara Terlibat











Qurban adalah suatu sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SallaAllahu ‘alaihi Wasallam & disebut oleh Allah SWT bagi umat Islam menunjukkan tanda kesyukuran sebenar dan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT bagi sesuatu tahun itu.
Syukur atas segala nikmat dan rezeki, lalu sanggup Qurban harta yang dikasihi bagi mengutamakan hubungan dan tanda taqwa kepada Allah swt.
JANGANLAH kita terlalu berkira dengan Allah swt, hingga menjadikan Qurban yang ‘murah-murah’ sebagai tanda syukur kepada Allah sedangkan ada kemampuan. Lainlah bagi yang kurang mampu kewangan.
Sama-sama kita berjuang melawan cintanya kepada harta, agar keberkatan hidup menjadi milik kita. Inshallah. Sama-samalah kita berQurban, bersedeqah, aqqiah dan berwaqaf. – Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Hadis Riwayat Al-Tirmidzi:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).”
Hari Sukan Tahunan Tadika Aalim Aulad Preschool Dan Playschool - Starkidz 2025 akan tiba lagi!Tahun ini, kami akan mengadakan Annual Sports Day Starkidz ini di Dewan IIUM Female Complex Hall pada 24 Ogos 2025.Sumbangan akan disalurkan untuk kos aktiviti dan perkara tambahan seperti kipas, khemah, dan lain-lain bergantung kepada jumlah kutipan sumbangan.Sumbangan anda adalah amat dihargai!Hubungi admin di 01158530774 (sha) untuk info/pertanyaan lanjut.
oleh Aalim Aulad Islamic Pre-School and Play School
Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi membina surau baru sekolah mereka kerana yang sedia ada sudah daif dan bersaiz kecil. Semua bantuan ini layak DIKECUALIKAN Cukai.
oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.
Target : RM2,100,000
Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi pembiayaan anak yatim dia bawah YIDE. Semua bantuan ini layak DIKECUALIKAN Cukai.
oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.
Target : RM1,000,000
Dana untuk menyediakan platform DIGITAL dalam bentuk Web & aplikasi mobile kepada masyarakat untuk mengetahui persoalan Fiqh dan Hadis berpandukan rujukan hadis dengan lebih tepat dan pantas.
oleh Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd
Target : RM512,000
Sumbangan Makanan Harian 50 Pelajar Miskin Ma'ahad Tahfiz Kemboja
oleh Mahad Tahfiz An-Nikmah Tboung Khmum Cambodia
Target : RM86,400
Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi membina surau baru sekolah mereka kerana yang sedia ada sudah daif dan bersaiz kecil. Semua bantuan ini layak DIKECUALIKAN Cukai.
oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.
Target : RM1,000,000

Peserta hanya perlu memilih pakej dan kuantiti serta isi borang dengan maklumat mudah serta meletakkan penama bagi qurban dan aqiqah tersebut.

Peserta membaca kandungan ringkas akad 'Wakalah' dan menanda persetujuan serta membuat pembayaran secara online. Resit akan diterima di email sejurus bayaran dilakukan.

Penyembelihan akan dijalankan pada 10 - 13 Zulhijjah. Penyembelihan bagi Qurban di Malaysia, sebahagiannya akan dilaksanakan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Bukti dan laporan ibadah Qurban akan dihantar kepada peserta sesegara mungkin. Manakala sijil akan menyusul kemudiannya.

Semuanya dihujung jari anda. Pilih pakej yang jelas terma dan perinciannya dan boleh membuat pembayaran dengan mudah dan pantas.

Setiap peserta akan diberi e-sijil penyertaan dan bukti ibadah Qurban dalam bentuk video atau gambar melalui email. Pemakluman segera juga akan diberikan melalui SMS.

Kami mempunyai pemantau tempatan dan juga Penasihat Shariah. Kami juga bekerjasama dengan pihak berpengalaman lebih 20 tahun menguruskan Qurban di dalam dan luar negara.

Untuk pakej yang kami tawarkan adalah mampu milik, meraikan semua peringkat kemampuan, Juga mempunyai pelbagai pakej di pelbagai negara.
Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat. (Surah al-Baqarah: 43)
Selain itu, membayar zakat juga dapat bukti keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Ia dapat memperkuat ikatan ukhuwah Islamiyah di antara umat Islam dan membawa keharmonian sosial dalam masyarakat.
Kita juga perlu menghayati bahawa zakat bukan sahaja mengambil harta kita namun ia adalah harta milik asnaf yang telah diperuntukan oleh Allah swt bagi mereka yang cukup syaratnya. Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang-orang yang membayar zakat dengan ikhlas dan tulus hati.
Jadi, mari kita beramal dengan membayar zakat dengan penuh kesedaran dan keikhlasan. Jadikan zakat sebagai satu amalan yang terus kita lakukan dalam kehidupan kita, demi keberkatan dunia dan akhirat kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan menerima amalan zakat kita. Amin.
Pihak kami melalui Elzar Shariah Solution and Advisory merupakan ejen kutipan zakat berdaftar dengan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Bayar zakat anda sekarang melalui link di bawah.
Hadis yang menjelaskan besarnya ganjaran sedeqah sabda Baginda Nabi :
مَا تَصَدَّقَ أَحَدٌ بِصَدَقَةٍ مِنْ طَيِّبٍ – وَلاَ يَقْبَلُ اللَّهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ – إِلاَّ أَخَذَهَا الرَّحْمَنُ بِيَمِينِهِ وَإِنْ كَانَتْ تَمْرَةً فَتَرْبُو فِي كَفِّ الرَّحْمَنِ حَتَّى تَكُونَ أَعْظَمَ مِنَ الْجَبَلِ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ أَوْ فَصِيلَهُ.
Ertinya : Tidaklah seseorang yang bersedeqah dengan sesuatu yang baik – Allah tidak menerima kecuali dari yang baik – melainkan Allah akan menerimanya dengan tangan kanannya. Walaupun sebiji tamar, ianya akan berkembang di telapak tangan kanan Allah sehingga ianya menjadi lebih besar dari sebuah gunung sebagaimana seseorang daripada kamu membesarkan anak kuda atau anak untanya. ( Riwayat Muslim)
Sabda Baginda Nabi mengenai sedeqah yang paling baik :
جهْدُ الْمُقِلِّ وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
Ertinya : Apa yang boleh diusahakan oleh seseorang yang mempunyai harta yang sikit untuk diberikan kepada orang lain. Mulailah dengan orang yang dibawah tanggunganmu. [Riwayat Abu Daud].
Lagi Sabda Baginda Nabi :
(( سبق درهم مائة ألف درهم ))،
قالوا: وكيف؟! قال: (( كان لرجل درهمان تصدق بأحدهما، وانطلق رجل إلى عرض ماله، فأخذ منه مائة ألف درهم فتصدق بها ))
Ertinya : Satu dirham adalah lebih baik dari seribu dirham. Sahabat bertanya : Bagaimana boleh jadi begitu?. Baginda menjawab : Seorang lelaki yang mempunyai dua dirham memberi sedeqah dengan satu dirham. Manakala seorang lelaki lagi pergi mempamerkan hartanya lalu mengambil seratus ribu dirham darinya dan bersedeqah dengannya. [Riwayat al-Nasaie, Sohih al-Jami`].







Lihat apa kata peserta yang telah menyertai qurban dan aqiqah bersama
Myclaaz (tahun 2022 melalui platform myclaaz). Tahun ini di platform baru myinfaq.org
MasyaAllah, terbaik sangat ni. Jazakumullahu khayran.
- Pn Noor Aimie
Terima kasih. Semoga tahun depan boleh Saya buat lagi. InsyaAllah
- Pn Shamras Jienettul
TQ..Terbaik… Kalau tak saya tunggu hari las baru potong kuku. Meme Terbaik!
- En Fauzi Yassin
Setakat ini, myclaaz (Myinfaq) penganjur terbaik bg kurban luar negara.. Alhamdulillah, sy sangat berpuashati dengan maklumat dan bukti kurban. PIC juga memberi respond pantas 👍
- En Nazlin
Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.
Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).
‘Qurban’ bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa-masa tertentu.
Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam terutama sekali kepada yang mampu. Ia adalah sunat yang dituntut dalam Islam (Sunnah Muakkadah), manakala mazhab Hanafi menganggapnya sebagai wajib bagi yang mempunyai kemampuan.
Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa hadis kepada mereka yang mampu tetapi tidak menunaikan ibadah korban, antaranya adalah;
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir.” (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya” (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA.
Tahukah anda hampir 1/3 penganut Agama Islam dunia adalah terdapat di Benua Afrika. Afrika juga adalah lokasi bagi kesemua 10 negara termiskin dunia. 7.2 juta rakyat Afrika berdepan dengan krisis makanan seperti lokasi lain dan mereka sangat memerlukan bantuan masyarakat dunia luar. Sekiranya ramai warga Malaysia membuat ibadah Qurban di Afrika juga tidak mendatangkan masalah kerana mereka dalam keadaan yang sangat dhaif.
Ertinya: Nabi berkata : Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan ummatnya.
Pihak wakil akan sedaya upaya melakukan Qurban di kawasan yang dipilih oleh peserta, namun sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan, wakil akan melaksanakannya di mana-mana kawasan berhampiran di dalam negara yang telah dikenalpasti, sekiranya masih gagal mendapatkan binatang qurban, maka akan dilaksanakan di negara yang mampu sebelum tamat hari tasyriq.
Sekiranya terdapat halangan dan kekangan juga, maka Qurban akan diqadha iaitu dilakukan pada tahun hadapannya mengikut pandangan majoriti ulama seperti Imam Ahmad, Imam Ibnu Qudamah, al-Khirsyi dan al-Dusuqi juga fatwa Ulama Moden seperti Sheikh Ibn Uthaimeen.
Dibenarkan sekiranya pihak wakil dan syarikat masih belum membuat pembayaran deposit kepada penjual binatang Qurban. Sesudah bayaran deposit dilakukan, sekiranya peserta masih ingin menuntut kembali wangnya dan membatalkan perwakilan Qurban, pihak wakil akan HANYA menyerahkan kos baki setelah ditolak kos deposit dan lain-lain kos sebenar yang ditanggung akibat pembatalan.
Pun begitu ia masih tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat, kerana aqad wakalah yang dimeterai adalah aqad wakalah bil ujrah, iaitu dari jenis aqad ‘Mu’awadah Maliah’ atau juga kategori ‘jual beli’ dari aqad lazim yang memerlukan persetujuan kedua belah pihak untuk pembatalan.
Juga, wang tidak akan dipulangkan jika peserta menarik diri di saat-saat akhir (iaitu 20 hari sebelum eid al-adha) dan melibatkan pelbagai kos kerugian syarikat dan wakil.
9 Zulhijjah 1444 H pada jam 3 pm waktu Malaysia. Namun jika negara-negara luar yang dilakukan korban itu berhari raya awal atau lewat maka tarikh tamat tempahan Qurban juga tertakluk kepada tarikh hari raya negara yang dipilih untuk Qurban.
Makluman selesai sembelihan akan dibuat melalui SMS paling lewat beberapa jam selepas sembelihan dilaksanakan. Video atau gambar akan menyusul kemudian manakala sijil pelaksanaan akan dihantar melalui emel paling awal dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pelaksanaan atau selewatnya dalam tempoh sebulan.

Myclass Technologies Sdn Bhd
(SSM 1344296-W)
5-1F, Pinggiran Mutiara Utama,Mutiara Gombak 1, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.
Tel : 03-6177 4612
Email : admin@myinfaq.org
Whatsapp : +6011 5853 0774