Infaq Pembinaan Surau Di Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah (Layak Pengecualian Cukai)
Target Sumbangan:
RM 2,100,000
Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 2,160
Kongsikan ke media sosial kempen ini :
10-12% will be charged as a platform fee + payment gateway charges for every successful transaction.
Bantu Pembinaan Surau Di Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, Selangor
Mari bersama-sama menyinari kehidupan anak-anak yatim di negeri Selangor melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, YIDE telah menjadi institusi di mana kasih sayang dan perhatian diberikan kepada anak-anak yatim ini.
Tentang Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah institusi kebajikan di bawah naungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan untuk menyantuni anak-anak yatim dan kelompok sasaran lainnya di negeri Selangor. Salah satu inisiatif YIDE untuk menyantuni anak-anak yatim ialah dengan membangunkan sebuah komples asrama yang kondusif, selamat dan berkelengkapan penuh, demi memperkasakan perkembangan insaniah dan mutu pembelajaran mereka.
Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah ini dibangunkan di atas tanah yang diwakafkan oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. seluas 3.47 ekar dan sumbangan wakaf sebanyak RM5 juta. Kompleks ini direncanakan untuk menampung 150 anak yatim dan dijangka siap pada 29 Januari 2026.
Kompleks ini akan dilengkapi dengan fasiliti asrama, surau, dewan serbaguna, surau, arena kiosk dan taman permainan. Kos pembangunan kompleks ini adalah sebanyak RM 17 Juta, merangkumi kos pembangunan struktur prasarana, kos perabot serta kelengkapan interior.
Surau merupakan satu keperluan kerana ianya menjadi pusat utama ibadah dan pembangunan insaniah anak-anak yatim yang tinggal di situ juga keterjaminan mengukuhkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka.
Cabaran Yang Dihadapi
Surau di kompleks ini perlu disiapkan pada hujung Januari 2026 dan tempohnya amat dekat sekali. Selain itu, cabaran kos bahan mentah yang setiap kali meningkat juga memberi kesan terhadap kelancaran pembangunan Surau yang dirancangkan ini.
Bagaimana Anda Dapat Membantu?
Setiap sumbangan anda memiliki impak besar dalam hidup mereka. Selain menghulurkan bantuan langsung kepada anak-anakyatim, anda juga layak untuk mendapatkan Potongan daripada pendapatan agregate untuk tujuan pengecualian cukai Di Bawah Sub-seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui Resit Rasmi, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Kebersamaan Membantu Anak-Anak Yatim YIDE
Marilah bersama-sama membina harapan dan keceriaan untuk anak-anak yatim di negeri Selangor. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru bagi mereka. Bersama, kita dapat membangunkan masa depan yang lebih baik buat mereka.
Kos Pembangunan Surau: RM2.1 juta
ENGLISH VERSION
CAMPAIGN TITLE: INFAQ FOR MUSOLLA (SURAU) AT KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH, SELANGOR
Help Build the Musolla/Surau at Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, Selangor
Let’s illuminate the lives of orphaned children in Selangor through Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Since its establishment in 2011, YIDE has been an institution where love and care are given to these children.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) is a welfare institution under the auspices of the Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dedicated to caring for orphans and other targeted groups in Selangor. One of YIDE’s initiatives to care for orphans is by developing a conducive, safe, and fully-equipped dormitory complex to enhance their self-development, educational and their future quality.
The development of the Komplek Asrama Anak Yatim Pulau Indah is built on 3.47 acres of land donated by Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. and a waqaf donation of RM5 million. This complex is planned to accommodate 150 orphans and is expected to be completed by end of January 2026. The complex will feature Dormitory Facilities, a Musolla/Surau, a Multipurpose Hall, a Kiosk Arena, and a Playground. The development cost totals RM17 million, covering infrastructure construction, furniture, and interior fittings. The Musolla/Surau is essential as it serves as the main center for worship and spiritual development for the orphans, reinforcing Islamic values in their lives.
Challenges Faced
The Musolla/Surau in this complex needs to be completed by late January 2026, which is approaching rapidly. In addition, the challenge of rising raw material costs affects the smooth progress of this planned surau construction.
How You Can Help?
Your contribution will have a significant impact on their lives. Besides providing direct assistance to orphaned children, you are also eligible for tax deductions under Sub-section 44 (6) of the Income Tax Act 1967, Ref. No. LHDN.01/35/42/51/179-6.7622, dated November 15, 2019, through an Official Receipt from Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Together, Helping the Orphans of YIDE
Let’s build hope and happiness for orphaned children in Selangor. Every donation brings new hope for them. Together, we can build a better future for them.
Cost of Musolla/Surau Construction: RM2.1 million
Penyerahan dana & jumlah yang diberikan:
- Dana pertama pada Ogos 2024, berjumlah RM443.90
- Dana pertama pada September 2024, berjumlah RM479.15
Surat Penyata Penerimaan Dana dari YIDE
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.