Infaq Anak Yatim Selangor (Layak Pengecualian Cukai)
Target Sumbangan:
RM 1,000,000
Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 7,060
Kongsikan ke media sosial kempen ini :
10-12% will be charged as a platform fee + payment gateway charges for every successful transaction.
Bantu Anak Yatim Selangor Bersama YIDE
Mari bersama-sama menyinari kehidupan anak-anak yatim di negeri Selangor melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, YIDE telah menjadi institusi di mana kasih sayang dan perhatian diberikan kepada anak-anak yatim ini.
Tentang Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah institusi kebajikan di bawah naungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan untuk menyantuni anak-anak yatim dan kelompok sasaran lainnya di negeri Selangor. Setiap tahun, YIDE memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk memastikan keperluan utama kelangsungan kebajikan, pendidikan, dan pembangunan diri untuk 11,386 anak yatim di seluruh Selangor dipenuhi. YIDE juga memperuntukan sejumlah RM1.5 juta untuk 32 rumah kebajikan anak yatim yang di kawalselia oleh YIDE, demi memperkasakan program-program yang meningkatkan kualiti pembelajaran dan perkembangan insaniah mereka.
Cabaran Yang Dihadapi
Anak-anak yatim seringkali menghadapi berbagai cabaran, terutama dalam hal kelangsungan kebajikan, pendidikan dan pembangunan kendiri. Berdasarkan bancian, sebahagian besar dari mereka terdiri dari keluarga kumpulan B40, yang bererti mereka memerlukan perhatian yang lebih untuk memastikan kelangsungan kehidupan dan pendidikan mereka demi masa depan yang terjamin.
Bagaimana Anda Dapat Membantu?
Setiap sumbangan anda memiliki impak besar dalam hidup mereka. Selain menghulurkan bantuan langsung kepada anak-anakyatim, anda juga layak untuk mendapatkan Pengecualian Cukai Pendapatan dan Potongan Di Bawah Sub-seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui Resit Rasmi, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Kebersamaan Membantu Anak-Anak Yatim YIDE
Marilah bersama-sama membina harapan dan keceriaan untuk anak-anak yatim di negeri Selangor. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru bagi mereka. Bersama, kita dapat membangunkan masa depan yang lebih baik buat mereka.
Sasaran Kutipan: RM1 juta
ENGLISH VERSION
Help Orphans in Selangor with YIDE
Let’s join hands to brighten the lives of orphaned children in Selangor through Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Since its establishment in 2011, YIDE has been an instituition where love and care are extended to those in need.
About Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) is a charity body under the auspices of Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), established to support orphans and other targeted groups in Selangor. Each year, YIDE allocates RM3 million to ensure the basic needs, education, and self-development of 11,386 orphans across Selangor are met. YIDE also allocates RM1.5 million to 32 orphanages under its supervision, to empower programs that enhance their learning quality and self-development.
Challenges Faced
Orphans often encounter various challenges, especially in terms of welfare sustainability, education, and self-development. Based on surveys, most of them come from B40 families, indicating they require more attention to ensure their livelihoods and education for a secure future.
How You Can Help?
Your every contribution has a significant impact on their lives. Besides directly extending help to orphaned children, you are also eligible for Income Tax Exemption and Deductions under Subsection 44 (6) of the Income Tax Act 1967, Reference Number LHDN.01/35/42/51/179-6.7622, dated 15 November 2019, through an Official Receipt from Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Together, Helping YIDE Orphans
Let’s together build hope and joy for orphaned children in Selangor. Each contribution you make brings new hope to them. Together, we can build a better future for them.
Donation target: RM1 million
LAIN-LAIN MAKLUMAT UNTUK PERHUBUNGAN KEMPEN
Maklumat Sumbangan & Pengecualian Cukai
Setiap sumbangan orang ramai in akan DIKECUALIKAN daripada Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nombor Rujukan LHDN : 01/35/42/51/179-6.7622 (Tarikh Kuatkuasa : 15 November 2019 hingga 14 November 2024) melalui Resit Rasmi, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Penyerahan dana & jumlah yang diberikan:
- Dana pertama pada Ogos 2024, berjumlah RM575.85
- Dana pertama pada September 2024, berjumlah RM5062.60
Surat Penyata Penerimaan Dana dari YIDE
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.