Skip to content
MyInfaq
  • Utama
  • Qurban
  • Fadhilat Qurban
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Waqaf
  • Korporat
MyInfaq

Penasihat Shariah

Al-Fadhil USTAZ HAJI MUSTAFAR
BIN MOHD SUKI

mustafar

Ustaz Mustafar Bin Mohd Suki merupakan Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy serta Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Koperasi Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA). Pada masa yang sama, beliau merupakan Pensyarah Pensijilan Talaqqi Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Pensyarah Fiqh dan Usul Fiqh Interaktif Dakwah Tarbiyyah IDT Wangsa Maju. Beliau telah mengikuti program ijazah sarjana muda berkembar dengan Kolej IKIP Antarabangsa (2007-2009) dan menamatkan ijazah dalam Syariah dan jurusan Perbankan Ekonomi dan Islam di Universiti Yarmouk Jordan (2009 – 2011). Beliau mendapat peluang untuk belajar hadis dengan ulama Jordan dan Syria dan menuntut ilmu dengan mereka.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Korporat Syariah di al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd. (2012-2014), kemudian berkhidmat sebagai Eksekutif di NGO Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID). Pada 2017 hingga 2019, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Jabatan Dakwah, Wakaf dan Zakat di Bank Muamalat, Malaysia. dan kemudiannya sebagai Penasihat perunding bahagian kandungan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang menerbitkan rancangan My#qurantime dan my#hadithtime di TV-AlHijrah.

Beliau telah dijemput menjadi panel jemputan Rancangan al-Fikrah TV1, Panel Tanya Ustaz TV3, Panel Pentas Dakwah, My#qurantime dan my#hadithtime di TV Al-Hijrah. Selain itu, beliau turut menjadi Panel Jemputan Radio Selangor FM, Suria FM, Salam FM, dan Bernama FM, Zayan FM.

Beliau telah menulis hampir 20 buah buku dalam pelbagai bidang Hadis, Biografi, hukum hakam dan sirah.

cropped-cropped-logo-myinfaq-white.png

Myclass Technologies Sdn Bhd
(SSM 1344296-W)
5-1F, Pinggiran Mutiara Utama,Mutiara Gombak 1, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.

Tel : 03-6177 4612 
Email : admin@myinfaq.org 
Whatsapp : +6011 5853 0774

Pautan

  • Pakej Qurban & Aqiqah
  • Soal Jawab
  • Zakat

Akaun

  • Login ke Akaun
  • Daftar Akaun
  • Terma & Syarat
  • Polisi Pembatalan & Pulangan
  • Privacy Policy

Sosial Media

Facebook Whatsapp Twitter Youtube
  • Utama
  • Qurban
  • Fadhilat Qurban
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Waqaf
  • Korporat