Skip to content
MyInfaq
  • Utama
  • Qurban
  • Fadhilat Qurban
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Waqaf
  • Korporat
MyInfaq
myinfaq banner
banner myinfaq
90C79B76A5C546C29ADD7D65033E2FF15DD165745D98460F991236950B94E29C50E90E3928BB40ABA82DF46DA6B0B887742087432A984A17A41355E821E72B41_p
29DFE07BE31242DA9DDDCFCF6B2A479A3B89A3F1E80349138AF19C8ACB4AE80E9D020E04283A4FB68D4C8BB531FBAA1139BD8EC36010425FA306390F6C72CE4F_p

Kempen Sedekah

Poster Sportday

Sumbangan Ikhlas Untuk Starkidz 2025 Sports Day – Aalim Aulad Preschool And Playschool

Hari Sukan Tahunan Tadika Aalim Aulad Preschool Dan Playschool - Starkidz 2025 akan tiba lagi!Tahun ini, kami akan mengadakan Annual Sports Day Starkidz ini di Dewan IIUM Female Complex Hall pada 24 Ogos 2025.Sumbangan akan disalurkan untuk kos aktiviti dan perkara tambahan seperti kipas, khemah, dan lain-lain bergantung kepada jumlah kutipan sumbangan.Sumbangan anda adalah amat dihargai!Hubungi admin di 01158530774 (sha) untuk info/pertanyaan lanjut.

oleh Aalim Aulad Islamic Pre-School and Play School

INF %

Kutipan : RM2,940

Infaq Sekarang
Poster Surau KAYPI v1

Infaq Pembinaan Surau Di Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah (Layak Pengecualian Cukai)

Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi membina surau baru sekolah mereka kerana yang sedia ada sudah daif dan bersaiz kecil. Semua bantuan ini layak DIKECUALIKAN Cukai.

oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.

0 %

Target : RM2,100,000

Kutipan : RM9,050

Infaq Sekarang
App poster YIDE

Infaq Anak Yatim Selangor (Layak Pengecualian Cukai)

Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi pembiayaan anak yatim dia bawah YIDE. Semua bantuan ini layak DIKECUALIKAN Cukai.

oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.

1 %

Target : RM1,000,000

Kutipan : RM11,110

Infaq Sekarang
Pendigitalan,-Terjemahan-&-Syarah-Kitab-Mishkat-Al-Masabih

Projek Amal Jariah Ulung : Pendigitalan, Terjemahan dan Syarah Kitab Mishkat Al-Masabih dan Sunan Tis’ah

Dana untuk menyediakan platform DIGITAL dalam bentuk Web & aplikasi mobile kepada masyarakat untuk mengetahui persoalan Fiqh dan Hadis berpandukan rujukan hadis dengan lebih tepat dan pantas.

oleh Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd

51 %

Target : RM512,000

Kutipan : RM262,810

Infaq Sekarang
KEMBOJA POSTER

Sumbangan Makanan Harian Pelajar Miskin Ma’ahad Tahfiz Kemboja

Sumbangan Makanan Harian 50 Pelajar Miskin Ma'ahad Tahfiz Kemboja

oleh Mahad Tahfiz An-Nikmah Tboung Khmum Cambodia

14 %

Target : RM86,400

Kutipan : RM12,330

Infaq Sekarang
slide_kp_001 - Copy

Pembangunan Kompleks Asrama Yatim (Layak Pengecualian Cukai)

Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi membina surau baru sekolah mereka kerana yang sedia ada sudah daif dan bersaiz kecil. Semua bantuan ini layak DIKECUALIKAN Cukai.

oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.

2 %

Target : RM1,000,000

Kutipan : RM15,170

Infaq Sekarang
INFAQ AIR MINERAL

Infaq Air Mineral Untuk Pusat Pendidikan & Faqir Miskin

Yayasan Al Baghdadi mensasarkan sebanyak 15,000 botol dengan nilai RM30,000 untuk diagihkan pada tahun 2024. Dengan setiap sumbangan, penyumbang secara tidak langsung akan menyumbang ke tabung Pendidikan Al-Quran Yayasan Al Baghdadi.

oleh Yayasan Al Baghdadi telah ditubuhkan pada 16 November 2011 dan telah beroperasi sepenuhnya pada April 2012. Yayasan Al Baghdadi ditubuhkan rentetan perkembangan baik penerimaan masyarakat terhadap Teknik Al Baghdadi serta permintaan golongan sasar yang kurang berkemampuan.

4 %

Target : RM30,000

Kutipan : RM1,340

Infaq Sekarang
Kutipan Dana Pembinaan Surau SMK Bukit Rokan, Negeri Sembilan

Kutipan Dana Pembinaan Surau Al-hidayah , SMK Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan

Kutipan sumbangan dana ini adalah bagi membina surau baru sekolah mereka kerana yang sedia ada sudah daif dan bersaiz kecil. Semoga dengan bantuan yang diberikan pihak sekolah dapat menaik taraf surau dan memberikan pendidikan yang lebih baik terutama berfokus kepada pendidikan islam dan solat di surau baru tersebut.

oleh Sekolah Menengah Bukit Rokan

5 %

Target : RM400,000

Kutipan : RM20,430

Infaq Sekarang
INFAQ AIR MINERAL (1)

Tajaan Sunathon Perdana Pelajar dari Keluarga Kurang Berkemampuan

Sasaran Yayasan Al Baghdadi adalah untuk menaja 400 orang peserta dengan nilai RM80,000. Semoga kempen ini dapat meringankan beban orang yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran berkhatan disamping mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W

oleh Yayasan Al Baghdadi telah ditubuhkan pada 16 November 2011 dan telah beroperasi sepenuhnya pada April 2012. Yayasan Al Baghdadi ditubuhkan rentetan perkembangan baik penerimaan masyarakat terhadap Teknik Al Baghdadi serta permintaan golongan sasar yang kurang berkemampuan.

2 %

Target : RM80,000

Kutipan : RM1,730

Infaq Sekarang
Dana Telaga Air Kenya Moroh Islamic Aid (1)

Kutipan Dana Telaga Air Bersih Di Kenya Untuk Golongan Miskin Di Kenya

Kutipan Dana Telaga Air Bersih Di Kenya Untuk Golongan Miskin Di Barat Dan Utara Kenya

oleh Moroh Islamic Aid is a nonprofit voluntary organization established in 2020 purposely to eradicate poverty among the weak communities of Kenya. It is set up by the local community to promote activities such as Food aid, Ramadan, Qurban, Orphan care, health, agriculture, education, water, emergency relief etc The organization aims to be a united, non-racial and non — sexist community organization that helps communities to create connections on multiple dimensions - personal, professional. Through strategic partnerships with sponsors, other non-profit organizations, leading companies and business schools/ institutions, it provides on-going events and opportunities to advance the interests and needs of communities.

58 %

Target : RM100,000

Kutipan : RM58,040

Infaq Sekarang
Kutipan Air Bagi Orang Islam Di Nigeria (1)

Bantuan Pembinaan Telaga Air di Nigeria Bagi Anak-Anak Nigeria Mempunyai Bekalan Air Bersih Harian

Kempen ini bertujuan untuk mengutip dana bagi pembinaan telaga air bersih di Nigeria bekerjasama bersama Mabarrat Charitable Foundation of Nigeria (MCFN).

oleh Mabarrat Charitable Foundation of Nigeria (MCFN) Mabarrat is committed to ensure well being of Nigerian Muslims through its various humanitarian activities including health and educational programmes.Aims to ensure well being of Nigerians in line with the letter and the spirit of Islamic lawEnhance community healthcare through medical services where there is lack of adequate medical facilitiesImprove the quality of education for allAssist low-and non-income households through microfinancing facilitiesProvide humanitarian aid such as clean drinking water, clothes, foods and others to poor and needy

68 %

Target : RM100,000

Kutipan : RM67,500

Infaq Sekarang
uganda-well

Kutipan Dana Pembiayaan Pam Air di Timur Uganda

Sumbangan anda akan memastikan mereka mendapat bekalan air yang terjamin bersih dan boleh mengelakkan dehidrasi yang teruk dan penyakit seperti kolera (cholera).

oleh African Forum For Muslim Councils

95 %

Target : RM100,000

Kutipan : RM94,900

Infaq Sekarang
uzar myinfaq

Kepentingan Sedeqah

Di saat bersedekah, jangan difikirkan dan diandai-andaikan apa yang boleh dibeli dengan jumlah wang dan harta yang disedekahkan. Nescaya hati pasti lebih tenang dan fahamilah bahawa wang itu sedang ‘disimpan’ untuk hari yang lebih kekal akan datang. LUPAKAN TERUS HARTA yang disedeqah itu, itu lebih mampu menjaga hati dari kesal atau ujub.

Sedeqah juga adalah satu jenis amal yang sangat dahsyat sehingga disebutkan oleh Allah swt jika manusia yang SUDAH SAMPAI AJALNYA ITU diberi peluang untuk menangguh sekejap ajalnya, amalan yang PASTI dilakukannya adalah SEDEQAH.

Firman Allah swt

أَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “”Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? ( Surah Al-Munafiqun : 10)

Daftar Aqiqah Malaysia dan Mekah.
Tanda, Bukti dan Syukur atas Hidayah Allah SWT

Aqiqah
Daftar Sekarang

Penasihat Shariah MyInfaq.org

WhatsApp Image 2023-05-06 at 10.59.18 AM
Baca Biodata Penuh
mustafar

Ulasan Penasihat Shariah Ustaz Mustafar Mohd Suki

4 Langkah Mudah untuk Sedeqah

select

Pilih Kempen

Peserta hanya perlu memilih kempen dan serta isi borang dengan maklumat mudah serta memilih nilai sedeqah yang ingin diberi.

handshake (1)

Akad

Peserta membaca kandungan ringkas akad 'Wakalah' dan menanda persetujuan serta membuat pembayaran secara online. Resit akan diterima di email sejurus bayaran dilakukan.

qurbani (1)

Agihan

Agihan akan dibuat kepada host setiap kempen dari semasa ke semasa, dan bukti agihan akan disertakan dalam ruangan 'update' di kempen terbabit.

agreement (1)

Laporan

Bukti dan laporan agihan serta perkembangan pembinaan (jika melibatkan pembinaan) akan dihantar kepada penderma melalui email yang didaftarkan dan juga di bahagian update ruangan kempen.

Soalan - Soalan Lazim

Apakah kepentingan Qurban?

Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).

‘Qurban’ bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa-masa tertentu.

Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan Qurban?

Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam terutama sekali kepada yang mampu. Ia adalah sunat yang dituntut dalam Islam (Sunnah Muakkadah), manakala mazhab Hanafi menganggapnya sebagai wajib bagi yang mempunyai kemampuan.

Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa hadis kepada mereka yang mampu tetapi tidak menunaikan ibadah korban, antaranya adalah;

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Bagaimana cara pembahagian daging korban?

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir.” (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya” (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA.

Bolehkah laksana Qurban di luar kawasan dan luar negara ?
  • Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.
  • Namun, diHARUSKAN mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.
  • Pun begitu, ulama Mazhab Shafi’e TIDAK MEMBENARKAN dipindah keluar kawasan jika di dalam masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar dari udhiyyah. Antara kekurangan mewakilkan seseorang lain melaksanakan qurban itu sudah menyebabkan seseorang itu terluput dari melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana baginda Rasulullah TIDAK PERNAH mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain. 
  • Namun begitu disebabkan pelbagai kekangan seperti peserta Qurban tidak berani melaksana sembelihan, kesukaran untuk hadir ke tempat Qurban dan lain-lain halangan, maka proses mewakilkan Qurban kepada pihak ketiga adalah digalakkan dan mengelakkan dari kegagalan berqurban akibat halangan yang pelbagai. 
Mengapa anda patut melakukan Qurban di Afrika?

Tahukah anda hampir 1/3 penganut Agama Islam dunia adalah terdapat di Benua Afrika. Afrika juga adalah lokasi bagi kesemua 10 negara termiskin dunia. 7.2 juta rakyat Afrika berdepan dengan krisis makanan seperti lokasi lain dan mereka sangat memerlukan bantuan masyarakat dunia luar. Sekiranya ramai warga Malaysia membuat ibadah Qurban di Afrika juga tidak mendatangkan masalah kerana mereka dalam keadaan yang sangat dhaif.

Bolehkah gabung niat Qurban dan Aqiqah sekaligus?
  • Mazhab Syafi’e, Maliki & Pandangan Ahmad : Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Qurban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala aqiqah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haitami Al-Syafie :
    وَظَاهِرُ كَلَامِ َالْأَصْحَابِ أَنَّهُ لَوْ نَوَى بِشَاةٍ الْأُضْحِيَّةَ وَالْعَقِيقَةَ لَمْ تَحْصُلْ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا ، وَهُوَ ظَاهِرٌ ; لِأَنَّ كُلًّا مِنْهُمَا سُنَّةٌ مَقْصُودَةٌ
    Ertinya: Yang jelas dari perkataan ulama mazhab, iaitu jika diniatkan seekor kambing untuk qurban dan aqiqah sekaligus, TIADA   DIPEROLEHI SALAH SATU ANTARA KEDUANYA, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu. 
  • Pun begitu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, Alhasan Basri, Ibn Sirin & Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait : Harus di gabung semua dengan niat Qurban, atau sebahagian qurban dan sebahagian aqiqah. 
  • Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan, itu bagi menyempurnakan amalan Qurban dengan mengelakkan khilaf.
 
Bolehkah kongsi pahala Qurban dengan orang lain?
a) Ketua keluarga digalakkan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan DIBOLEHKAN meniatkan pahala Qurban kepada keluarganya, ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi saw.
 
b) Namun untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, ia tidak dilakukan oleh sahabat nabi. Hanya Nabi sahaja yang berqurban dan menyatakan “ini adalah untuk ummatku yang tidak berqurban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini semasa ingin menyembelih:
 
وقال: بسم الله، اللهم تقبل من محمد وآل محمد، ومن أمته

Ertinya: Nabi berkata : Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan ummatnya. 

Bagaimana jika Qurban tidak dapat dilaksanakan di negara tertentu yang sepatutnya?

Pihak wakil akan sedaya upaya melakukan Qurban di kawasan yang dipilih oleh peserta, namun sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan, wakil akan melaksanakannya di mana-mana kawasan berhampiran di dalam negara yang telah dikenalpasti, sekiranya masih gagal mendapatkan binatang qurban, maka akan dilaksanakan di negara yang mampu sebelum tamat hari tasyriq.

Sekiranya terdapat halangan dan kekangan juga, maka Qurban akan diqadha iaitu dilakukan pada tahun hadapannya mengikut pandangan majoriti ulama seperti Imam Ahmad, Imam Ibnu Qudamah, al-Khirsyi dan al-Dusuqi juga fatwa Ulama Moden seperti Sheikh Ibn Uthaimeen.

 
Bolehkah peserta membatalkan Qurbannya dan mendapat wang kembali?

Dibenarkan sekiranya pihak wakil dan syarikat masih belum membuat pembayaran deposit kepada penjual binatang Qurban. Sesudah bayaran deposit dilakukan, sekiranya peserta masih ingin menuntut kembali wangnya dan membatalkan perwakilan Qurban, pihak wakil akan HANYA menyerahkan kos baki setelah ditolak kos deposit dan lain-lain kos sebenar yang ditanggung akibat pembatalan.

Pun begitu ia masih tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat, kerana aqad wakalah yang dimeterai adalah aqad wakalah bil ujrah, iaitu dari jenis aqad ‘Mu’awadah Maliah’ atau juga kategori ‘jual beli’ dari aqad lazim yang memerlukan persetujuan kedua belah pihak untuk pembatalan.

Juga, wang tidak akan dipulangkan jika peserta menarik diri di saat-saat akhir (iaitu 20 hari sebelum eid al-adha) dan melibatkan pelbagai kos kerugian syarikat dan wakil.

Bilakah tarikh akhir tempahan Qurban ?

9 Zulhijjah 1444 H pada jam 3 pm waktu Malaysia. Namun jika negara-negara luar yang dilakukan korban itu berhari raya awal atau lewat maka tarikh tamat tempahan Qurban juga tertakluk kepada tarikh hari raya negara yang dipilih untuk Qurban.

Bilakah pemakluman selesai sembelihan dan sijil akan diperolehi?

Makluman selesai sembelihan akan dibuat melalui SMS paling lewat beberapa jam selepas sembelihan dilaksanakan. Video atau gambar akan menyusul kemudian manakala sijil pelaksanaan akan dihantar melalui emel paling awal dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pelaksanaan atau selewatnya dalam tempoh sebulan.

cropped-cropped-logo-myinfaq-white.png

Myclass Technologies Sdn Bhd
(SSM 1344296-W)
5-1F, Pinggiran Mutiara Utama,Mutiara Gombak 1, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.

Tel : 03-6177 4612 
Email : admin@myinfaq.org 
Whatsapp : +6011 5853 0774

Pautan

  • Pakej Qurban & Aqiqah
  • Soal Jawab
  • Zakat

Akaun

  • Login ke Akaun
  • Daftar Akaun
  • Terma & Syarat
  • Polisi Pembatalan & Pulangan
  • Privacy Policy

Sosial Media

Facebook Whatsapp Twitter Youtube
  • Utama
  • Qurban
  • Fadhilat Qurban
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Waqaf
  • Korporat