Bantuan Keperluan Asas(Makanan) Untuk Meringankan Beban Kepada Anak-anak Orang Islam Di Uganda
Target Sumbangan:
RM 20,000
Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 10,710
Kongsikan ke media sosial kempen ini :
10-12% will be charged as a platform fee + payment gateway charges for every successful transaction.
Tujuan crowdfund ini adalah untuk mengumpul wang untuk melakukan sesuatu bagi membantu masyarakat Islam yang kurang bernasib baik di Mbale, Uganda.
Muslim terdiri daripada minoriti 13% daripada populasi Uganda. 41% rakyat Uganda hidup dalam kemiskinan dan hampir separuh daripada populasi adalah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.
Kita mahu memastikan anak-anak daripada latar belakang keluarga miskin, dapat menerima keperluan asas yang mencukupi seperti makanan.
Sasaran pertama adalah untuk menyumbang kepada 600 pax makanan untuk memerangi kelaparan.
Bagi setiap individu kosnya ialah USD2 sahaja.
Dengan serendah USD2 anda boleh menyumbang kepada membebankan beban kemiskinan dan membantu orang Islam di Uganda.
Bantuan anda mungkin dilihat kecil tetapi bagi kami ia bermakna satu lagi hari yang tidak perlu berlapar kepada anak-anak kecil Islam ini.

Elgon Islamic Center