Yayasan Al Baghdadi mengambil inisiatif membekalkan air mineral kepada Pusat Pengajian Al-Quran, Masjid, Surau, Rumah Anak Yatim, Rumah Kebajikan, dan Golongan Asnaf serta golongan yang memerlukan.
Kempen 1 Juta Air Mineral ini telah digerakkan sejak tahun 2021 sehingga kini dan sebanyak 24,000 botol air mineral telah berjaya diedarkan kepada pelbagai agensi dan lapisan masyarakat termasuk petugas barisan hadapan, masjid, surau, mangsa banjir, para pelajar, serta entiti swasta dan kerajaan.
Yayasan Al Baghdadi mensasarkan sebanyak 15,000 botol dengan nilai RM30,000 untuk diagihkan pada tahun 2024. Dengan setiap sumbangan, penyumbang secara tidak langsung akan menyumbang ke tabung Pendidikan Al-Quran Yayasan Al Baghdadi.
Penyerahan dana & jumlah yang diberikan:
- Dana pertama pada December 2024, berjumlah RM1165.30
Surat Penyata Penerimaan Dana dari AL Baghdadi

Yayasan Al Baghdadi telah ditubuhkan pada 16 November 2011 dan telah beroperasi sepenuhnya pada April 2012. Yayasan Al Baghdadi ditubuhkan rentetan perkembangan baik penerimaan masyarakat terhadap Teknik Al Baghdadi serta permintaan golongan sasar yang kurang berkemampuan.