SEDEKAH TERBAIK ADALAH PADA WAKTU SUBUH
Mengapa sedekah pada waktu pagi adalah sedekah yang terbaik?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)
Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda bermaksud:
“Tidak ada yang berpagi-pagian para hamba padanya kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang menginfaqkan hartanya. ” Sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kemusnahan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Subhanallah ‼️
Betapa besarnya kelebihan bagi orang yang menginfaqkan hartanya sehingga para Malaikat sendiri mendoakan bagi mereka.
KELEBIHAN SEDEKAH SUBUH
➡️ Didoakan para Malaikat
➡️ Membuka pintu rezeki dan kebaikan bagi sepanjang hari yang akan dilalui
➡️ Mengeratkan hubungan sesama manusia dengan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan
➡️ Memperoleh pahala berlipat kali ganda daripada Allah
Swt.
Kelebihan Infaq Harta Di Jalan Allah
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Hikmah Berwakaf
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa”.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
- Menzahirkan Pengabdian Diri Kepada Allah S.W.T
- Sebagai Langkah Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T
- Mendapat Kebajikan Yang Berkekalan Walaupun Pewakaf Telah Meninggal Dunia
- Berkongsi Manfaat Dikalangan Umat Islam Dalam Menyemarakkan Syiar Islam.
- Ianya Dapat Mengukuhkan Perpaduan Dan Ekonomi Ummah Dan
- Ianya Juga Secara Tidak Langsung Dapat Mengekalkan Pemilikan Dan Pengkongsian Aset Umat Islam Di Negara Ini Khususnya.
Marilah bersama sama membantu menaiktaraf kemudahan rumah Allah ini iaitu Pengubahsuaian Tandas lelaki, penambahan ruang pusat rekreasi , baiki bumbung, penambahan tempat wudhuk, Bina parking berbumbung serta baiki pagar keliling surau.Hanya 10 ringgit seorang, bakal menukarkan wajah yg indah rumah Allah ini serta memberi keselesaan pada jemaah Dan musafir yang singgah beribadah di sini. Sahabat yang ingin menyumbang saham akhirat ini, teruskan bank in ke akaun Affin bank Surau Al Ikhwan 105090005402 , atau pakat pakat share maklumat ini di wall2 media sosial kalian..
Segala Aktiviti Surau Al Ikhwan boleh diikuti di FB :
https://www.facebook.com/groups/alikhwantamanmerbok/?ref=share&mibextid=NSMWBT
https://www.facebook.com/surau.alikhwan.1?mibextid=ZbWKwL
Untuk info lanjut boleh berhubung terus dgn SU Surau Al Ikhwan Sdr Azhar +60 12-281 2697\
Penyerahan dana & jumlah yang diberikan:
- Penyerahan dana Pertama pada Mac 2024, RM1140.22
Surau Al Ikhwan Taman Merbok