Japan Islamic Trust (JIT) sedang mengumpul dana untuk membeli bangunan sekolah untuk International Islamia School Otsuka (IISO) bagi menyokong generasi muda Islam di Jepun.
Memandangkan masyarakat Islam semakin berkembang di Jepun, banyak keluarga berharap anak-anak mereka dapat belajar dalam persekitaran Islam. Untuk makluman, 80% kanak-kanak dan remaja Islam di sini cenderung untuk hilang identiti kerana sukar mempraktikkan agama di dalam masyarakat dan sukar memperoleh pengetahuan tentang Islam walaupun dilahirkan oleh ibubapa yang beragama Islam.
Oleh itu, JIT mengambil inisiatif membuka sekolah rendah – Sekolah Islam Antarabangsa Otsuka, pada tahun 2017. Dalam tempoh tiga tahun, mereka telah memperoleh kira-kira 100 pelajar dan mengharapkan lebih ramai penyertaan lagi. Pada masa ini, sekolah ini berdepan kesukaran kerana sekolah rendah berada di dua lokasi berbeza.
Untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik kepada pelajar, JIT merancang untuk membeli bangunan 6 tingkat untuk Sekolah Islam Antarabangsa Otsuka (IISO).
Jumlah yang disasarkan ialah JPY 315 juta (dalam lingkungan USD3 juta). Ia akan digunakan untuk membeli bangunan, termasuk melakukan pengubahsuaian.
JIT juga menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dengan 40% pelajar menerima biasiswa daripada mereka. Membuka dan menguruskan sekolah Islam adalah sangat mencabar bagi JIT kerana kerajaan Jepun tidak menyokong mana-mana sekolah berasaskan agama dan kos penyelenggaraannya amat mahal kerana Tokyo mempunyai kos sara hidup yang tinggi.
IISO bukan sekolah berasaskan perniagaan, tetapi ia sekolah komuniti yang dimulakan oleh sukarelawan-sukarelawan Islam dari pelbagai negara. Insyaallah Taala, semua sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya dengan cara Islam yang sempurna.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh.” (Hadis Muslim).
**UPDATE TERKINI**
Kos Bangunan – $2,885,222.
Jumlah Yang Telah Dibayar Pada 2021/12/23 – $1,250,000 (44% daripada kos bangunan)
Jumlah Dalam Tangan – $49,268
(2% daripada kos bangunan)
Jumlah Yang Masih Diperlukan –
$1,460,692 (54% daripada kos bangunan)
Tarikh akhir pembayaran baharu ialah pada 31hb Ogos 2022.
Penyerahan dana & jumlah yang diberikan:
- Penyerahan dana Pertama pada Ogos 2022, RM72,670
- Penyerahan dana Kedua pada Februari 2023, RM8,360
Surat Penyata Penerimaan Dana dari Japan Islamic Trust (JIT)
Gambar Pemberian Dana Dari Kami Kepada Japan Islamic Trust
Link bukti penyerahan dana adalah seperti berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1wXgtA40W5dP94cdz8pAONcQXUcKVi03m?usp=sharing
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi admin di 601158530774
International Islamia School Otsuka (IISO)