Skip to content
MyInfaq
  • Utama
  • Qurban
  • Fadhilat Qurban
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Waqaf
  • Korporat
  • Daftar Kempen Sedekah
  • Sedekah SekarangExpand
    • Sedekah (One-Off)
    • Sedekah Bulanan
MyInfaq
dana-jepun

Permohonan Dana Bangunan Sekolah Islam Antarabangsa Otsuka Di Tokyo, Jepun

Target Sumbangan:

RM 1,000,000

10%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 97,470

Clear

Kongsikan ke media sosial kempen ini :

10-12% will be charged as a platform fee + payment gateway charges for every successful transaction.

  • Description
  • Update
  • Hos Kempen

Japan Islamic Trust (JIT) sedang mengumpul dana untuk membeli bangunan sekolah untuk International Islamia School Otsuka (IISO) bagi menyokong generasi muda Islam di Jepun.

Memandangkan masyarakat Islam semakin berkembang di Jepun, banyak keluarga berharap anak-anak mereka dapat belajar dalam persekitaran Islam. Untuk makluman, 80% kanak-kanak dan remaja Islam di sini cenderung untuk hilang identiti kerana sukar mempraktikkan agama di dalam masyarakat dan sukar memperoleh pengetahuan tentang Islam walaupun dilahirkan oleh ibubapa yang beragama Islam.

Oleh itu, JIT mengambil inisiatif membuka sekolah rendah – Sekolah Islam Antarabangsa Otsuka, pada tahun 2017. Dalam tempoh tiga tahun, mereka telah memperoleh kira-kira 100 pelajar dan mengharapkan lebih ramai penyertaan lagi. Pada masa ini, sekolah ini berdepan kesukaran kerana sekolah rendah berada di dua lokasi berbeza.

Untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik kepada pelajar, JIT merancang untuk membeli bangunan 6 tingkat untuk Sekolah Islam Antarabangsa Otsuka (IISO).

Jumlah yang disasarkan ialah JPY 315 juta (dalam lingkungan USD3 juta). Ia akan digunakan untuk membeli bangunan, termasuk melakukan pengubahsuaian.

JIT juga menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dengan 40% pelajar menerima biasiswa daripada mereka. Membuka dan menguruskan sekolah Islam adalah sangat mencabar bagi JIT kerana kerajaan Jepun tidak menyokong mana-mana sekolah berasaskan agama dan kos penyelenggaraannya amat mahal kerana Tokyo mempunyai kos sara hidup yang tinggi.

IISO bukan sekolah berasaskan perniagaan, tetapi ia sekolah komuniti yang dimulakan oleh sukarelawan-sukarelawan Islam dari pelbagai negara. Insyaallah Taala, semua sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya dengan cara Islam yang sempurna.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh.” (Hadis Muslim).

**UPDATE TERKINI**

Kos Bangunan – $2,885,222.

Jumlah Yang Telah Dibayar Pada 2021/12/23 – $1,250,000 (44% daripada kos bangunan)

Jumlah Dalam Tangan – $49,268

(2% daripada kos bangunan)

Jumlah Yang Masih Diperlukan –

$1,460,692 (54% daripada kos bangunan)

Tarikh akhir pembayaran baharu ialah pada 31hb Ogos 2022.

download (9)

  • Setakat Feb 2023, pihak myclass & myinfaq.org telah menyerahkan sejumlah RM81,030 kepada pihak IISO untuk membantu pembelian bangunan sekolah mereka.
  • Mereka telah berjaya memberi pembayaran pertama dan dalam proses mengumpul untuk pembayaran seterusnya.
  • Link bukti penyerahan dana adalah seperti berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1wXgtA40W5dP94cdz8pAONcQXUcKVi03m?usp=sharing

International Islamia School Otsuka (IISO)

cropped-cropped-logo-myinfaq-white.png

Myclass Technologies Sdn Bhd
(SSM 1344296-W)
5-1F, Pinggiran Mutiara Utama,Mutiara Gombak 1, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.

Tel : 03-6177 4612 
Email : admin@myinfaq.org 
Whatsapp : +6011 5853 0774

Pautan

  • Pakej Qurban & Aqiqah
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Pakej Sedekah
  • Waqaf Quran

Akaun

  • Login ke Akaun
  • Daftar Akaun
  • Terma & Syarat
  • Polisi Pembatalan & Pulangan
  • Privacy Policy

Sosial Media

Facebook Whatsapp Twitter Youtube
  • Utama
  • Qurban
  • Fadhilat Qurban
  • Soal Jawab
  • Zakat
  • Waqaf
  • Korporat
  • Daftar Kempen Sedekah
  • Sedekah Sekarang
    • Sedekah (One-Off)
    • Sedekah Bulanan