Qurban Uganda
1. Pihak kami sebagai wakil akan memilih mana-mana kawasan yang sesuai bagi menyempurnakan Qurban tuan/puan dalam negara Uganda dengan nasihat oleh Elgon Islamic dan AFMC .
2. Pihak kami akan mewakilkan kepada Elgon dan AFMC untuk pelaksanaan sembelihan Qurban dan prosesnya.
3. Kambing yag dipilih adalah berat di sekitar 15 – 25 kg, manakala Lembu adalah berat 100 -120 kg dan dipastikan mencukupi syarat haiwan korban.
4. Justeru, dengan pembayaran tuan/puan beerti persetujuan umum TELAH diberikan kepada kami sama ada untuk menguruskan sendiri Qurban atau memilih wakil layak untuk menyempurnakan (konsep Tawkil Al-Wakil Ghairahu dengan izin pewakil asal)
5. Pemakluman sembelihan telah dilaksanakan akan dimaklumkan melalui SMS, manakalah bukti video dan sijil akan diberikan kemudian. (Rujuk FAQ)
6. Jika bahagian Qurban tidak mencukupi ( seperti lembu 7 bahagian akan tetapi hanya 3 bahagian sahaja dipenuhi), pihak wakil akan menggenapkan bersama bahagian korban di tempat atau negara lain yang diwakilkan, jika tidak ada maka akan ditukar kepada kambing yang mana kos lebihan terpulang kepada peserta samaada sukarela menambah lebihan kos atau ditanggung oleh wakil seluruhnya