Qurban Malaysia

1.  Pihak kami sebagai wakil dengan upah (berdasarkan formula) akan memilih mana-mana negara yang sesuai bagi menyempurnakan Qurban tuan/puan di dalam Malaysia. Kadar upah adalah berdasarkan formula iaitu apa sahaja baki dari harga yang dibayar oleh pewakil kepada wakil setelah qurban dilaksana adalah milik wakil. Contohnya, harga tercatat satu bahagian lembu adalah RM1250. Jika pihak wakil mampu mendapatkan dengan harga yang lebih murah, contohnya RM1000, maka baki RM 250 adalah upah wakil untuk urusan pentadbiran dan juga proses penyembelihan dan agihan.
2. Pihak kami turut mempunyai pasukan sendiri yang menjalankan dan melaksanakan melaksanakan Qurban terbabit.
3. Pihak kami boleh mewakilkan kepada satu pihak lain untuk pelaksanaan jika diperlukan.
4. Dengan penyertaan dan pembayaran tuan/puan beerti persetujuan diberikan kepada kami sama ada menguruskan sendiri Qurban atau memilih wakil lain layak untuk menyempurnakan (konsep Tawkil Al-Wakil Ghairahu dengan izin pewakil asal )
5. Berat Kambing Qurban adalah sekitar 20-25 kg yang mana sesudah disembelihan dan diuruskan daging bersih dianggarkan sekitar 8-10 kg.
6. Berat seekor Lembu Jantan sekitar 200 – 220 kg.
7. Tiada sebarang aturan penghantaran sebahagian daging Qurban kepada peserta. Jika diperlukan, hal tersebut memerlukan perbincangan awal dan akan terdapat kos penghantaran (menggunakan lalamove) yang perlu dibayar terus oleh peserta kepada rider.